7 cara untuk jana pendapatan tambahan yang berkat dan inshaAllah halal!

7 cara untuk jana pendapatan tambahan yang berkat dan inshaAllah halal!

Sekarang ini ramai yang terkejut yang negara kita punya banyak hutang. Jika kita ada banyak hutang kita pun perlu menambah income kita untuk melangsaikannya dan dapat menyara hidup kita dan keluarga kita dan capai apa saja matlamat kita. Ha jangan banyak sangat terkejut tak bagus. 😆

Jika korang nak cari income tambahan walaupun telah berkerja tetap pon takde masalah. Orang arab kata ‘Maafi Musykillah’ Dalam buku Rich Dad Poor Dad pun ada menyatakan 4 kuadran dan yang mana dengan ada income tambahan korang boleh capai kuadran bekerja dengan majikan kepada bekerja sendiri atau membuat pelaburan. Itu kalau korang anda motivasi untuk capai lah!

Jadi hari ini SK nak sharekan 7 cara yang boleh tambah income korang.

#1 Berniaga barang-barang terpakai

Kalau korang ada buku-buku lama yang tidak dibaca lagi? Ataupun barang barang seperti gym machine atau kasut atau beg atau apa saja barang yang masih elok dan tak paka boleh saja jana sedikit duit sambil kosongkan ruang dan kemas sikit rumah korang. Korang boleh jual barang-barang anda dalam talian di eBay atau Mudah ataupun jual kat carboot sale dan sekarang ini mmg jual online lagi mudah.

#2 Jadi ‘freelancer’

Kalau korang berbakat korang boleh mengiklankan bakat dan kebolehan yang ada dan mencari projek sampingan untuk menjana pendapatan tambahan. Bergantung kepada kepakaran korang, projek-projek ini kadangkala mungkin kecil, namun bayaran yang ditawarkan adalah lumayan. Namun sekarang ini apa saja perkerjaan boleh dibuat secara freelance. Kalau korang nak jadi freelance dengan SK boleh email atau pm saya.

#3 Jadi tutor

Korang Minat mengajar? Sebagai permulaan, anda boleh mengajar ahli keluarga anda terlebih dahulu dengan caj yang rendah. Ataupun korang pergi saja kat pusat pusat tuisyen tanya ada tenaga pengajar kosong untuk di isi. Korang bukan saja dapat income tapi dapat mendidik anak bangsa untuk berjaya. Nah baguskan dapat income dan juga dapat membantu anak bangsa.

#4 Bisnes sewa

Jika korang memiliki bilik atau rumah tambahan, korang boleh sewakan hartanah tersebut untuk jangka masa yang singkat. Koramg boleh gunakan platform iklan di komuniti korang ataupun AirBnb, ibilik, ihartanah dll untuk tujuan ini. Korang juga boleh menggunakan langkah ini sekiranya korang memiliki kereta dengan menggunakan grab untuk menjadikan anda usahawan part time Grab.

#5 Hobi

Korang boleh jadikan hobi korang sesuatu yang boleh dijadikan income tambahan. Sebagai contoh, minat seperti memasak, membuat dekorasi rumah, bertukang, dan sebagainya untuk korang menghasilkan produk, membuka kelas, atau mencari rakan kongsi yang memiliki minat yang sama.

#6 Melabur Korang mesti pernah dengan nama Warren Buffet, antara manusia terkaya di dunia? korang boleh cari ilmu untuk join Warren Buffet dalam dunia pendapatan pasif ini! Dengan piihan-pilihan seperti saham, unit amanah dan bon, pelaburan adalah salah satu cara yang amat popular untuk menjana pendapatan sampingan secara pasif. Namun, pastikan korang telah buat kajian menyeluruh, ada modal yang sesuai dan bersedia menghadapi risiko dan belajar untuk kurangkan kerugian ketika melabur.

#7 Tulis blog

Korangkan selalu up status facebook, jadi korang mesti boleh buat pendapatan melalui tulisan hanya semudah menulis tentang perkara yang korang minati dan mengkaji strategi untuk memasarkan hasil karya korang. Tidak kira apa juga topik yang korang pilih- fotografi, sukan, teknologi, hatta berkebun sekalipun, korang boleh menerbitkan artikel-artikel yang berkualiti tinggi untuk menarik minat pembaca.

Kalau korang nakkan pendapat SK untuk jana pendapatan tambah boleh contact SK. Maklumat di http://saufikarim.com

SK Penulis Buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Freelancee Profesional

Peace

#pendapatantambahan #saufikarimsuccessclub #pelaburandirisendiri #freelance #bisnes #internetmarketing #7pendapatan

Featured Posts
Recent Posts