Berapa Peratus Kenaikan Gaji Anda Setahun?

SK_hotseatsharing.jpg
Hari ini di dalam laman-laman media sosial, ramai antara kita mengenengahkan tentang harga hartanah dan rumah di Malaysia naik 8% setahun. Saya nak tanya secara lembut, agak-agaklah berapa peratus kenaikan gaji anda setahun? Saya pasti ada antara kita yang mempunyai kenaikan gaji lebih daripada 10%, namun secara puratanya adalah kurang daripada 5%.

Hasil kajian yang telah di buat sekitar tahun 2009, yang mana purata kenaikan gaji dan kenaikan harga hartanah tidak seimbang, malah kenaikan harga hartanah ketika itu telah melonjak naik sehingga 50% sejak tahun 2000 sehingga tahun 2009. Saya melihat sejak daripada dulu lagi kenaikan harga hartanah memang mampu mengatasi kenaikan gaji anda setiap tahun.

Ini adalah salah satu berita baik pada anda yang telah mengambil peluang dalam pembelian dan pemilikan hartanah. Rakyat Malaysia mesti terlibat secara lansung atau tidak langsung penglibatan dalam pemilikan hartanah. Ini untuk survival diri, keluarga dan masyarakat Malaysia sendiri.

Banyak jenis-jenis rumah yang mampu di miliki di Malaysia ini dan buatlah kajian dan analisis yang mendalam ketika hendak membeli hartanah. Bukan itu sahaja, kesihatan kewangan dan kemampuan memiliki hartanah dan rumah mestilah setimpal dengan kadar pendapatan yang anda miliki.

Saya tidak kisah samada anda mahu menyewa atau membeli rumah. Kita boleh saja menyewa rumah namun ketika juga mesti memiliki rumah pada waktu yang sama dan mendapat pendapatan pasif yang baik supaya kita boleh memiliki rumah yang disewakan tanpa modal dengan menggunakan wang orang lain iaitu pembiayaan rumah daripada pihak bank.

Ambil peluang, Ambil Kesempatan sementara kita mampu untuk memiliki rumah dan menambah pemilikan hartanah di negara dan tanah air sendiri.

#gpspelaburanhartanah #pendapatantambahan #saufikarim

Featured Posts
Recent Posts