Berapa banyak yang anda dah laburkan untuk diri sendiri?

Assalamualaikum wbt.

Soalan: Pelaburan macam-macam yang dah saya sertai tetapi gagal.

Hanya ada satu pertanyaan, berapa banyak wang yang anda dah laburkan untuk diri sendiri?

Kita selalu dengan pepatah inggeris, 'Invest in yourself first'. Jadi saya mahu kita faham betul-betul pepatah ini.

Mungkin ada antara kita yang mampu berbuat sesuatu tanpa perlu membuat pelaburan sendiri. Maksudnya saya, mereka yang genius mereka tak perlu melabur untuk diri sendiri. Ini kerana mereka menggunakan (melabur) tenaga dan masa untuk sesuatu perkara yang mereka sukai.

Kenapa penting melabur untuk diri sendiri? Ini kerana sebelum kita berbuat sesuatu perkara, saya nampak saya perlu tahu dan faham dulu apa yang saya mahu buat/melabur. Ini termasuklah pelaburan hartanah yang saya mahu sertai mula-mula dulu.

Tip Pelaburan Diri Sendiri

#1 Pelaburan Buku

Saya nak kongsikan pengalaman saya dalam melabur untuk diri sendiri. Saya melabur dalam diri sendiri melalui buku buku yang saya beli pada permulaannya. Ini kerana saya sibuk bekerja dan tiada masa untuk buat networking dan jumpa orang-orang yang berjaya dalam apa yang mereka lakukan.

Namun saya melihat buku boleh membantu dalam kita mencari kebijaksanaan. Apabila kita berjumpa dengan orang yang berjaya dan mahir, maka pembacaan dan pendengaran kita dapat mengukuhkan apa yang kita baca dan praktikkan.

#2 Pelaburan Ilmu melalui seminar/google dan perkongsiaan

Terdapat banyak knowledge yang praktikal yang boleh kita belajar di media sosial, blog, google yang kita boleh carinya secara percuma. Suka SK kata 'tanpa modal'. Namun demikian, ilmu yang praktikal dan menyeluruh sukar untuk kita perolehi dengan hanya menggunakan Mr. Google.

Oleh itu, seminar atau banyak perkongsiaan yang di buat oleh ramai yang pernah berjaya dalam bidang mereka yang boleh kita 'join' sama-sama. Untuk pengetahuan, baru baru ini saya sertai program usahawan yang mahu menarik pelabur dengan hanya percuma. Saya mendapat email melalui meetup.com

#3 Pelaburan menambah rakan-rakan berjaya

Ini salah satu cara yang baik dalam melabur untuk diri sendiri. apabila nak menjadi seorang usahawan, kita mestilah pandai bersosial dan mencari kebijaksanaan bersama rakan-rakan atau teman-teman yang mempunyai semangat dan matlamat yang sama.

Kita bukan hanya mahu berkawan dengan orang berjaya sahaja, tapi untuk kita bertambah baik daripada hari semalam, kita mesti meletakkan 'benchmark' dengan orang yang lebih berjaya daripada kita. Bukannya kerana kita cemburu dengan hasil kejayaan mereka, kita cemburu dengan semangat, tenaga dan 'effort' yang mereka lakukan.

DIdoakan ramai antara kita pentingkan diri sendiri dahulu, melabur untuk diri sendiri dulu barulah kita melabur dalam apa saja pelaburan yang bakal di hidangkan kepada kita nanti.

Salam Tanpa Modal,

Saufi Karim

#pelaburan #pelaburandirisendiri

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

© 2013-2018 by Saufikarim.com All rights reserved

  • facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now