Tip Untuk Bajet Travel ke Eropah – London

Jika anda tidak suka travel berkumpulan atau pakej yang kadang-kadang terikat dengan jadual mereka, anda masih boleh travel dengan bajet yang minima ke Eropah.

Gambar AirAsia X di Stansted Airport London

Tip 1: Tiket Kapal Terbang Yang Murah

Sejak daripada 2006 lagi ketika masih belajar di negara Australia, SK akan cari tiket kapal terbang yang murah seperti Virgin Blue (Sekarang Virgin Australia) dan juga Air Asia.

Ya, tambang murah memang kadang-kadang agak sempit tempat dan makanan mestilah prebook awal supaya tidak membayar mahal untuk travel.

Saya travel banyak kali dengan AirAsia X pada ketika tahun 2009/2010, 2012. Saya juga ada travel dengan menggunakan Emirates Airlines yang tawar harga murah waktu itu.

Saya sarankan anda buat survey 6 bulan sebelum nak pergi bercuti ini. Lebih baik dapat harga Matta Fair yang kadang-kadang murah berbanding jika beli secara online.

Harga Tiket K/Terbang:

1. Sekitar RM1800 - RM2000 (AirAsia)

2. Sekitar RM3000 (Emirates Airlines/Malaysia Airlines (offer fare))

Gambar di dalam Big Bus Sightseeing London

Tip 2: Tempat tinggal yang murah dan bajet

Sememangnya kalau nak ke London, tempat tinggal adalah salah satu kos yang memakan belanja yang tinggi. Namun untuk mengurangkan kos ini tanpa melibatkan banyak pihak, SK dan keluarga pernah tinggal di Asrama Malaysia Hall. (Booked secara online di http://www.educationmalaysia.co.uk/malaysia-hall.html)

Namun begitu Malaysian Hall hanya benarkan tinggal selama 3 hari saja di sana. Booking pada waktu ketibaan pelajar Malaysia pada September dan Oktober setiap tahun perlu dielakkan. Jadi, pergi travel selain bulan tersebut jika mahu jimat untuk tinggal di sana.

Saya juga pernah tinggal di hotel pemilik orang Sepanyol di Londonyang mana mereka menawarkan harga sebilik dalm sekitar BPS 50-60. Agak mahal sedikit tetapi untuk tinggal 1-2 hari sangat ok dan jimat berbanding tinggal di hotel 3 bintang ke atas lebih daripada BPS 100 ke 200. Mahal!

Ada beberapa option lain yang anda boleh buat, seperti selepas 3 hari, anda boleh travel ke tempat lain dan sewa hotel di luar London dengan harga yang lebih rendah seperti British Pound Sterling (BPS) 20 untuk satu bilik semalam di Travelodge Accomodation.

Sekarang ini banyak juga laman web yang bagus untuk survey harga hotel yang murah dan yang beri diskaun seperti Booking.com mahupun expedia.com. Gunakan perkhidmatan tersebut untuk dapatkan idea harga hotel atau apartment yang murah untuk di sewakan.

Harga Accomadation SK:

1. Malaysian Hall 3 hari - BPS 33 (BPS 11 sehari) = ~ RM200

2. Travelodge Manchester 2 hari - BPS 40 (BPS 20 sehari) = RM 240

*Purata BPS 1.00 = RM 6

Gambar di dalam bilik Malaysian Hall London, di ambil oleh adik SK yang comel, (adake tunjuk kaki dia).

Tip 3: Jalan-jalan yang seronok dengan Big Bus Sightseeing

Jika anda tidak punya banyak masa ketika travel di sesebuah lokasi, tetapi nak sangat tengok semua tempat menarik sekitar kawasan eropah tidak kira London, Belgium, Amsterdam atau Swistzerland, hatta di Amerika Syarikat sekalipun,

melaburlah sedikit wang anda untuk naik Big Bus Sightseeing. Harga murah untuk 24 jam hingga 48 jam bergantung dengan pada anda. Sekitar 24 jam ok juga dan boleh jimat. Harga seorang dalam sekitar BPS 24.

Anda boleh berhenti daripada Bas untuk turun ambil gambar dan menaiki Feri untuk Feri cruise di London River. Sangat seronok sebab dapat melihat hampir kesemua tempat menarik di bandar London sebagai contoh.

Jika anda ke bandar besar di negara eropah yang lain juga menawarkan khidmat ini dan sangat menjimatkan berbanding jika nak menaiki taxi atau bas yang kadang-kadang buat kita sesat dan menambah kos.

Gambar di Atas Big Bus Sightseeing yang open air di bahagian atas

Tip 4: Naik Pengangkutan Awam seperti Bas ataupun Tube/Metro/Underground

Jika anda nak murah dan jimat untuk mudah ke sana dan ke sini, Bas merupakan salah satu pengangkutan yang murah.

Naik Bas apabila:

  1. Anda tidak ada banyak barang sangat daripada Airport ke Tempat Tinggal. Atau Daripada Tempat Tinggal ke Airport. Ada beberapa bas yang bagus seperti National Bas Ekspress atau EasyBus.co.uk
  2. Travel jauh seperti daripada London ke Paris (kerana murah dalam sekitar BPS 17 ke 20 sahaja, yakni dalam harga RM 100-120 saja)
  3. Saya pernah naik bas (megabus UK), daripada Manchester ke London yang hanya makan belanja BPS 1, yakni RM 6 sahaja.
  4. Pakai Osyter Kad (London), untuk naik bas dan tube serta Jimat daripada naik teksi jika anda tidak bawa banyak barang dan kuat untuk berjalan kaki.

Gambar Ketika Menunggu Bas National Express di Kota Metropolitan Manchester

Naik Tube apabila:

  1. Anda perlu sampai ke destinasi dengan pantas. Contohnya anda mahu ke sebuah lokasi untuk bersiar-siar dan pergi ke shopping center yang jauh daripada pusat bandar.
  2. Jika tidak bawa banyak sangat barang boleh naik Tube daripada Airport ke Pusat Bandar London. Tube beroperasi seawal pagi jam 6. Bagi mengelakkan kekeliruan, boleh juga naik bas setelah tiba di lokasi berhampiran tempat yang ingin di tuju.

Gambar ketika di Tube Station South Kensington London

Tunggu Bas untuk ke Swindon Tempat Membeli Belah Factory Outlet

Sewa kereta apabila:

  1. Jika anda mahu pergi ke lokasi atau destinasi yang lebih murah dengan menaiki kereta, anda boleh sewa kereta di banyak car rent company seperti Enterprise ataupun Europcar. Mereka menawarkan sewa murah bermula BPS20(kereta biasa) sehingga BPS100 (kereta mewah)

Gambar kereta yang di sewa ketika trip Manchester ke Scotland untuk Snowcation

Nantikan Tip Travel Ke Negara lain seperti France, Belgium, Holland, Switzerland.

4 thoughts on “Tip Untuk Bajet Travel ke Eropah – London

  1. Terima kasih share pengalaman & gambar bilik di malaysian hall. Sy nak tanya:
    1) bilik2 semua di tingkat atas ke? Ada lif tak?
    2) ada attached toilet/bathroom utk setiap bilik?
    3) towel & toiletris ada disediakan?
    4) satu bilik berapa org?
    Terima kasih

    • Maaf lambat reply. Setahu saya skg mereka telah buat renovation. Sebelum ini ada lif dan setiap bilik ada attached bathroom ada towel tiadaa toiletries. Lelaki dan perempuan mesti berasingan, setiap bilik 2 orang sahaja untuk 2 single bed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *