Saufikarim.com » Blog Archives

Tag Archives: evaluator

Boleh ke beli harga rumah di bawah pasaran?

Salam rakan-rakan pembaca SK sekalian.

Soalan ini pernah rakan SK tanyakan kepada SK, Dan SK rasa perlu dikongsikan bersama dengan anda semua.

Pernah SK cerita bagaimana kawan harga rumah bernilai RM390 ribu boleh menjadi hanya RM300 ribu sahaja.

Apabila anda mahu membeli rumah ‘second hand’ atau orang putih panggil ‘sub-sale’, kita perlu meneliti rumah tersebut sebaik-baiknya. Lihat kawasan luar rumah dan juga kawasan dalam rumah secara terperinci.

Penting! untuk anda membuat pemeriksaan dan bertulis. Iya, anda kene catat dan tulis apa sahaja kerosakan yang perlu anda ganti apabila memiliki rumah tersebut nanti. Lebih baik kira kos pembaikan dahulu dan buat tawaran harga. Contohnya anda kene lihat keadaan dapur, kabinet dapur, pintu-pintu bilik, pintu utama depan dan belakang, keadaan lampu, keadaan tangga dan sebagainya.

 

Pemeriksaan Rumah dengan terperinci

Rumah dah senget pun nak jual!

Kita mesti ‘check’ jangan buat sambil lewa. Ini kerana, apabila kita ingin membuat penawaran harga, kita dah ada catatan kerosakan dan harga kos untuk pemulihan rumah.

Dengan itu, anda dapat harga rumah di bawah pasaran serta kita boleh dapat merendahkan lagi nilai rumah akibat banyak kerosakan yang dibuat pemilik rumah.

Bijak tak? Bukan hanya membeli tetapi kita mesti bijak dan cekap daripada pemilik dan ejen hartanah. Nanti SK akan share templat pemeriksaan rumah kepada subscriber. :)

 

Published by: