Saya pernah letak jawatan.

Kita bercakap tentang maruah dan konsisten dalam apa jua bidang.

1. Saya letak jawatan sebagai pegawai di Petronas kerana saya pernah suarakan dalam hal bidang kerja saya kalau kita tidak gunakan alat tersebut kita bole save lebih 1 juta.

Oleh sebab semua tidak endahkan dan kita guna alat tersebut dan akhirnya kita dapat air bukan minyak atau gas. Saya terang terang cakap saya tak setuju untuk guna alat tersebut.

2. Saya pernah tolak untuk jadi Speaker Dr Azizan, Richworks kerana saya dapati perjanjian tidak telus dan memaksa orang ramai bayar mahal untuk ilmu, yang mana objektif kami adalah untuk lebih ramai dapat ilmu tersebut disebabkan itu harganya berpatutan.

3. Saya letak jawatan sebagai CEO Velocity Muse kerana hutang yang banyak dan kami terpaksa tutup hasil produk yang mengalirkan wang tunai kerana untuk fokus produk lain. Namun tidak boleh sebab syarikat tiada aliran tunai dan perlu bayar hutang yang tinggi. Alhamdulillah dah selesai.

Jadi kita bercakap tentang konsisten dan bukan kerana kita mahu habuan atau derma kilat daripada sesiapa. Kita ada Allah yang beri kita rezeki. Kita masih nak takut pada manusia?

Yang Benar,

Saufi Karim
negara pasir berdengung
4 Aug 2015

2 thoughts on “Saya pernah letak jawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *