Saya Anti-ASB?

Saya Suka Pelaburan Dengan Tunai kecuali..

1. Personal loan bagi Zero Interest atau Profit Rate Rendah (1-2% sahaja)

Ini kerana bagi anda yang nak buat loan untuk pelaburan, jika kadar keuntungan bank ialah 5% maka tinggallah angaran 2.5% keuntungan simpan dalam ASB dan hanya 1.25-1.5% sahaja untuk simpanan di Tabung Haji

a. Berapa lama  perlu ambil masa untuk jadikan pelaburan 2 kali ganda dengan 1% dividen setiap tahun?

Ianya memerlukan masa selama 72 tahun. sebab itu ramai yang tak nak simpan wang mereka dan joli beli kereta, shopping, hari-hari minum coffee latte (bukan nescafe bancuh kat ofis) dan lain-lain yang tak perlu sebenarnya.

 

b. Berapa pula kalau 2-3% keuntungan setahun?

Jika 2% dividen setahun, ianya ambil masa 36 tahun untuk jadikan pelaburan anda 2 kali ganda, maknanya jika melabur RM1200, tunggu 36 tahun barulah dapat RM2400. (what!!?)

Jika 3% setahun ambil masa 24 tahun. Hmm..sebab itu ASB loan bagi maksimum 20tahun pinjaman. Sebab selepas itu baru anda akan dapat Double.

Nota Penting: Ramai mesti ingat saya nak promosikan Mutual Fund sebab kadar keuntungan yang lebih daripada Tabung Haji dan ASB. Anda silap, anda perlu tahu berapa yuran dan % yang agent ambil dan berapa sebenarnya yang anda untung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *