GST? Apa Hala Tuju Malaysia?

Mengapa perlu ada GST? apabila kerajaan Malaysia sepatutnya membelanjakan wang kerajaan dengan sebaik baiknya dan telus. Saya melihat bahawa GST ini wajar di lakukan apabila Kebajikan rakyat dan negara telah diutamakan seperti Negara di United Kingdom dan beberapa negara maju. Adakah kita sudah mencapai sebuah negara Maju sedangkan wawasan 2020 masih belum dicapai dan banyak lagi keperluan dan hak rakyat banyak diketepikan?

Saya baru pulang daripada negara eropah dan melihat bagaimana negara-negara ini melengkapkan rakyat dengan banyak kemudahan bagi membantu rakyat bekerja, bersaing dan juga mempunyai keberkesanan dalam kehidupan mereka. Mereka di berikan kemudahan pengangkutan yang effisien dan saban tahun pihak bertanggungjawab menambah dan membaiki pengangkutan awam sedia ada. Ini adalah sebuah pusingan ekonomi dan perniagaan domestik yang baik untuk rakyat. Adakah ini terjadi kepada negara kita dengan hanya masih mempunyai 1 line Putra LRT dan 1 line STAR LRT dan 1 line Monorail. Tambah pula dengan kesesakan lalulintas yang bertambah sesak setiap tahun.

Di mana wang belanjawan untuk menambah baik sistem pengangkutan yang effisien? Tiba-tiba kerajaan mahu mencukai rakyat dan beban rakyat dengan GST. Ini sama sekali tidak bertepatan dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan. Malah terdapat negara pengeluar kenderaan seperi Perancis, German dan juga United Kingdom, mereka bersaing dengan lebih sihat bukan seperti kereta Nasional keluaran negara yang sentiasa mengundang kerugian dan masalah dalam pemasaran di dalam dan di luar negara.

Kita bukannya tidak berbangga dengan produk keluaran negara, tapi kalau sudah kerugian saban tahun, mengapa perlu lagi kerajaan membelanjakan wang billion-billion hanya kerana syarikat vendor kroni? Saya bagi contoh di negara United Kingdom, bagi mereka yang mahu memiliki kereta BMW mereka hanya perlu membuat bayaran ansuran sebanyak 271 Pound Sterling sahaja. Jika dibandingkan dengan Malaysia, bayaran ansuran kereta Proton Inspira sahaja sudah memakan lebih daripada RM1000-1100 bayaran ansuran selama 9 tahun.

image

Gambar: Senarai Harga Jenis Proton Inspira termasuk ansuran bulan sehingga 9 tahun.

Purata gaji Rakyat UK yang berijazah mengikut sumber The Graduate Market 2014 adalah Pound sekitar 2000 Pound Sterling mereka hanya berbelanja sebanyak 271 pound sahaja untuk memiliki kenderaan mewah dan masih berbaki Pound Sterling 1629 dan masih mempunyai wang untuk sara hidup seperti sewa rumah, utiliti dan juga berbelanja barang barang keperluan. Perlu saya ingatkan kita tidak boleh menukar mata wang kepada ringgit Malaysia kerana rata-rata harga makanan atau barang keperluan sama harga dengan di Malaysia dan ada beberapa harga barang yang lebih murah daripada di Malaysia. Contohnya, harga makanan Subway adalah hanya 2 Pound Sterling sahaja dan mana mungkin kita boleh membeli harga makanan berharga RM2 sekarang ini kecuali jika kita beli di warung-warung tepi jalan yang tak perlu pun kos yang tinggi banding dengan Subway yang mempunyai pekerja, sewa kedai dan cukai perniagaan.

image

Gambar: BMW tawar harga 271 pound sebulan bayaran ansuran dengan hanya 48 bulan sahaja

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang berijazah?  Purata gaji mereka adalah sekitar RM2000 dengan terpaksa membayar RM1100 untuk sebuah kereta Proton Inspira dan bukannya BMW. Bagi wang gaji sebulan hanyalah RM900. Ini adalah disebabkan polisi kereta Nasional kita yang mengcengkam kewangan rakyat dengan hanya mahu mengkayakan kroni kereta nasional. Saya fikir ini adalah tidak adil sama sekali walaupun kita di tuntut untuk berusaha. Apa yang boleh di buat dengan nilai RM900 sekarang ini? Jika polisi automotif nasional di reviu kembali, kemungkinan rakyat bebas memiliki kereta tanpa cukai yang tinggi oleh kerajaan seperti mana hak pembelian yang bebas oleh rakyat United Kingdom.

Berbalik kepada GST yang bakal di laksanakan, ramai yang mendapat informasi yang GST menghapuskan 2 cukai kerajaan dan perkhidmatan sebelum ini dan di gantikan dengan 1 cukai GST sahaja. Namun GST telah di sama ratakan dengan semua golongan rakyat tidak kira kaya atau miskin. Saya tidak kisah jika yang kaya di cukaikan, namun bagaimana dengan nasib orang pertengahan dan miskin? Mereka berhempas pulas membawa hasil pendapatan untuk seisi rumah, tiba-tiba di ambil begitu sahaja oleh kerajaan. Kebanyakan golongan pertengahan ini pula adalah penjawat awam dan termasuk golongan miskin juga. Maka orang kaya terus bertambah kaya dengan sedikit cukai 6% berbanding jenis cukai tinggi yang dikenakan ke atas barang mewah. Bagi golongan pertengahan dan miskin pula mereka berusaha untuk menambah baik kewangan, namun kerajaan senang lenang mencuri pendapatan rakyat disebabkan kelemahan dan tirisnya wang kerajaan yang rugi berbillion-billion.

Adakah GST adalah untuk mencukai rakyat kebanyakan demi kepentingan kekayaan vendor dan perniagaan di bawah kerajaan? Ini sesuatu yang perlu kerajaan fikirkan demi kepentingan rakyat bukan untuk sesetengah taikun perniagaan dan orang kaya sahaja di Malaysia.

Sumber: The Graduate Market 2014, GST Malaysia, Buku Kecil #fahamGSTtolakGST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *