Diskaun 10% kekal untuk Servis Apartment , SOHO dan SOVO mampu milik di Selangor.

Baru-baru ini kita di gegarkan dengan kekecohan rakyat di media sosial, kenyataan akhbar dan juga di stesen swasta televisyen tentang pemansuhan diskaun bumiputera sebanyak 10%. Ramai yang tidak tahu dimana tiada berlaku pemansuhan diskaun malah diskaun pada 3 jenis hartanah komersial ini diberikan kepada semua kaum.

Bagi mereka yang merasakan keistimewaan bangsa melayu terhakis disebabkan pemberian sama-rata diskaun ini, maka mereka tidak cukup baca dan faham dimana harga hartanah komersial mampu milik untuk 3 jenis hartanah dinyatakan adalah sekitar RM230,000 ke RM270,000.

Mengapa perlu disama-ratakan kerana ini adalah hartanah mampu milik dan bukan hanya rakyat bumiputera yang layak malah semua kaum yang layak harus mendapat diskaun. Konsep ini sangat tepat kerana kuota bumiputera masih dikekalkan cuma diskaun dibuka untuk semua bangsa tidak kira kaum. Semua kaum yang layak saja harus buat permohonan mengikut kriteria syarat-syarat untuk memiliki hartanah mampu milik.

Namun demikan hartanah kediaman mampu milik Rumah Selangorku tetap kekal dengan polisi sebelum ini dan tiada apa-apa perubahan, harga rumah mampu milik Rumah Selangorku kekal di antara RM42,000 hingga RM250,000.

Rumah Selangorku dibina atas tanah status kediaman tetapi hartanah komersial seperti servis apartment, SOHO dan SOVO dibina atas tanah berstatus perniagaan. Malah cukai tanah dan pintu serta tarif air dan elektrik jenis hartanah komersial adalah tinggi dan sasaran hartanah komersial berbeza dengan hartanah kediaman mampu milik Rumah Selangorku.

Jadi kepada rakyat Selangor yang layak, ayuh dapatkan pemilikan hartanah kediaman atau komersial anda jika berpeluang!

Syabas Kerajaan Selangor dan teruskan perjuangan untuk rakyat!

 

SK

2 September 2016

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *