Dapatkan Perhatian Pihak Bank

Tajuk ini sangat penting bagi yang pelabur baru yang sedang berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah ini. Oleh yang demikian, anda perlu tahu kekuatan kewangan anda. Anda juga perlu tahu bagaimana pihak bank menilai kewangan anda.

Beberapa istilah-istilah penting yang perlu bagi seorang pelabur hartanah ialah ‘Debt Service Ratio’ ataupun ‘DSR’ atau dalam bahasa melayunya ialah Khidmat Nisbah Hutang.

Kemudian, anda juga perlu tahu istilah seperti CCRIS dan juga CTOS. Apa itu CTOS? CTOS secara amnya adalah semakan terhadap sebarang tindakanmahkamah yang pernah diambil terhadap anda sebagai pemohon pinjaman bank.

Apa itu CCRIS? Laporan CCRIS ini adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraf). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk 12 bulan.

Beberapa istilah-istilah penting yang perlu bagi seorang pelabur hartanah ialah ‘Debt Service Ratio’ ataupun ‘DSR’ atau dalam bahasa melayunya ialah Khidmat Nisbah Hutang.

Baru-baru ini (Tahun 2013), nisbah ini telah diturunkan daripada 70% kepada 60%. Ini adalah untuk menangani pelabur hartanah yang mempunyai kekuatan dan kegemaran speculator pelaburan hartanah.

Apakah Debt Service Ratio dengan nisbah peratus 60% tersebut?

Dengan kiraan mudah, DSR ialah peratus nisbah daripada Jumlah Komitmen (Pinjaman Anda dengan bank,koperasi dll) dengan Jumlah Pendapatan Bersih anda.

DSR,

=  ( Jumlah Komitmen Bulanan / Jumlah Pendapatan Bersih Bulanan ) x  100

*Jumlah pendapatan bersih setelah tolak kwsp, cukai pendapatan (PCB)

Contoh Pengiraan DSR ialah ,

Jumlah Komitmen Bulanan Anda = RM2000

Jumlah Pendapatan Bersih Anda = RM6000

DSR = 2000/6000 x 100 = 33%

Keputusan Pinjaman = Diluluskan kerana kurang daripada 60% Debt Service Ratio.

Kira DSR Anda sekarang di SINI

___

Untuk pembaca setia saya di Proprtyes ini, saya ingin berkongsi 3 tip berkesan untuk anda mendapat perhatian daripada pihak bank. Sehingga kita bertemu lagi di lain artikel daripada saya.

Tip 1: Bayar kad kredit tepat pada masanya

Tip 2: Tiada masalah dalam pembayaran pinjaman kereta dan rumah

Tip 3: Tiada rekod buruk di Credit Tip-Off Service (CTOS) dan Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS).

___

Anda bertanya dan saya menjawab di ruangan komen di bawah. Jika anda rasa artikel ini sangat baik, kongsikan dengan rakan rakan anda di facebook, twitter, google+ dan pinterest. Dapatkan ‘free preview’ buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal di SINI.

Sumber: Buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal, Freemalaysiatoday.com

4 thoughts on “Dapatkan Perhatian Pihak Bank

  1. Assalam..sy ingin tanya apakah risiko2 yg mungkin akn berlaku kalau pelaburan kite tidak menjadi..means salah pilih location & xde penyewa yg berminat nk sewa rumah kita?

  2. Salam.. Bagaimana pula sekiranya tiada apa2 komitmen dengan bank ? Adakah urusan pinjaman akan lebih mudah kerana nilai DSR adalah 0%?

    • mesti ada rekod pinjaman dengan bank untuk tahu tingkahlaku pembayaran pinjaman sekurang-kurangnya kredit kad atau pinjaman kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *