4 cara #owsem menjana kekayaan dan jadi jutawan hartanah

Ramai yang masih belum faham bagaimana cara untuk jadikan pelaburan untuk jangka masa pendek dan panjang. Mengikut kebanyakan pelabur pelabur hartanah, ada 4 cara bagaimana pelaburan hartanah dapat menjana pendapatan dan menjadikan seseorang jutawan.

Namun demikian, bukan bermakna jika anda beli hartanah dan anda boleh terus jadi jutawan. Ianya memerlukan strategi dan pasukan yang baik untuk memperolehi kekayaan daripada hartanah. Ramai pakar kewangan mengakui bahawa pelaburan tradisional (jual beli harta tanah) zaman berzaman ini adalah pelaburan yang terbaik di atas muka bumi ini.

Baiklah mari kita lihat 4 cara #owsem itu.

Cara Owsem #1: Aliran Tunai

Duit tunai yang anda dapat lepas anda tolak hutang bayaran balik rumah kepada bank, misalnya anda sewakan rumah dengan harga RM2000 dan bayarakan kepada bank ialah RM1500, maka keuntungan bulan bersih anda ialah RM500.

RM500 sebulan memang tak akan jadikan anda jutawan. Walau bagaimanapun untuk mencapainya ada lagi 3 cara owsem untuk anda.

Memang jika kita tengok sikit sahaja jumlah keuntungan tapi jika anda mempunyai 10 unit rumah dengan purata untung RM500, jadi anda sudah ada RM5000!

RM5000 jika ianya sudah boleh bagi anda pendapatan pasif tanpa perlu bekerja anda sudah cukup bagus untuk buat perkara yang anda suka atau menambah lagi pelaburan hartanah aliran tunai untuk jadi anda kaya dan berjaya.

Cara Owsem #2: Kenaikan Harga

Kenaikan harga sebenarnya adalah salah satu cara bagaimana anda boleh jadi jutawan dengan hartanah. Mana tidaknya, jika hartanah sebelum ini berharga RM200,000 pada 10 tahun yang lalu, dan ketika ini kebanyakannya hartanah itu telah mengalami kenaikan harga sehingga lebih daripada RM300,000. Oleh itu anda telah mejadi kaya dengan lebihan wang sebanyak RM100,o00 atau lebih.

Namun, kenaikan harga bukannya naik setiap tahun oleh itu anda perlu lihat rekod transaksi hartanah tahun sebelum sebelum ini, kebanyakannya setelah 20, 10 atau 5 tahun saja sudah mengalami kenaikan harga disebabkan inflasi serta permintaan yang tinggi pada sesebuah hartanah.

Oleh itu, kalau anda nak jadi jutawan dengan mengaut keuntungan daripada kenaikan harga, anda perlu tahu bagaimana nak cari hartanah memberi pulangan pelaburan yang tinggi. Bukan semua hartanah dapat memberikan pulangan yang tinggi, oleh itu jangan dengar cakap orang takut jadi rugiwan!

Cara Owsem #3: Untung daripada pembiayaan hartanah

Berapa ramai yang ada wang tunai untuk beli hartanah secara tunai? Jika ya berapa banyak pulangan yang anda boleh dapat daripada pengeluaran modal yang tinggi berbanding jika menggunakan pembiayaan daripada bank.

Misalnya jika anda ada RM1 juta, daripada hanya membeli 1 buah hartanah saja, jika wang tersebut digunakan untuk membeli 10 buah rumah dengan sewa dan kenaikan harga hartanah yang baik, anda boleh menjana pendapatan 10 kali ganda. Jika keuntungan sewa rumah adalah RM500, dengan 10 buah rumah anda memperolehi RM5000.

Jika anda sudah membayar pembiayaan hartanah setiap tahun, wang pembiayaan berkurangan dan ekuiti hartanah anda akan bertambah. Itu jika hartanah tidak mengalami penurunan harga. Sebaiknya beli hartanah dengan strategi dan kawasan yang akan sentiasa naik.

Jadi jika ada 10 buah hartanah dengan pembiayaan yang telah di bayar selama 10 tahun, maka ekuiti bagi 10 buah hartanah menjadi positif dan bertambah 10 kali ganda. Wang tunai RM1 juta bukan hanya bertambah 10-20%, malah boleh menjadi 100% atau lebih (RM 2 juta atau lebih keuntungan) dengan hanya menggunakan pembiayaan (guna wang bank) hartanah.

Cara Owsem #4: Keuntungan Pengecualian Cukai

Yang terakhir sekali cara owsem yang ke-4 untuk menjana kekayaan adalah dengan pengecualian cukai setelah hartanah dibeli lebih daripada 5 tahun. Ya anda mesti memiliki hartanah di atas nama peribadi anda untuk mendapat pengecualiannya.

Bagaimana pengecualian cukai membantu anda memperolehi keuntungan?

Secara dasarnya jika anda bekerja dengan gaji setahun RM100,000 dan berbisnes pula dengan keuntungan sebanyak RM100,000. Kedua-dua pendapatan tersebut akan dikenakan cukai sekurang-kurang *20-25%. Walaupun anda boleh mendapat pengecualian cukai daripada pendapatan dan bisnes anda (seperti takaful, perbelanjaan ubat ibu bapa, perbelanjaan sekolah,kolej,universiti anak dan lain lain), anda tetap akan dikenakan cukai dan potongan di buat setiap bulan atau pada setiap tahun cukai dikenakan.

Tetapi jika anda menjual hartanah anda pada tahun ke-6 dan anda menjana keuntungan sebanyak RM100,000. Anda sebenarnya tidak perlu membayar cukai dan inilah yang dikatakan dengan keuntungan daripada pengecualian cukai hartanah selepas 5 tahun anda memilikinya. Jadi anda memperolehi kekayaan yang lebih daripada pendapatan yang lain.

Apa-apa pun setiap pendapatan yang anda terima adalah rezeki yang dikurniakan Allah. Oleh yang demikian sentiasa bersyukur dan Allah akan tambahkan lagi rezeki kepada anda. Setiap pelaburan ada baik buruknya dan sebaik-baiknya buat analisis dahulu serta kajian sebelum membeli hartanah dan menceburi bidang pelaburan hartanah, perniagaan dan juga lain lain pelaburan.

 

(*sila lihat jadual LHDN untuk maklumat lanjut tentang berapa cukai dikenakan kepada gaji dan pendapatan bisnes anda).

Rujukan: LHDN , www.hasil.gov.my

 

Saufikarim.com Newsletter
Dapatkan Informasi Terkini Tentang Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
We respect your privacy. Kami Hormati Privasi Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *