Nak beli rumah, tapi…Takut tak bawa ke mana-mana!

Comment

Pelaburan Pembeli Baru Semasa Soal & Jawab
logoskbaru

Salam rakan-rakan SK.com,

Maaf SK tak update post semalam kerana ada tugas-tugas kenegaraan yang perlu disiapkan. Namun Alhamdulillah SK diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menulis lagi.

Untuk pengetahuan korang, rata-rata pembeli baru memang ada perasaan TAKUT nak beli rumah ini. Namun demikian ramai yang tak dapat nak meneruskan hasrat sebab kemungkinan,

1. Komitmen yang tinggi

2. Hutang yang tinggi (kad kredit, personal loan dsb)

Kebanyakan ‘orang’ kita memang suka senang-senang dulu, dan ‘susah-susah kemudian’. Sebab apa? sebab hutang kad kredit dan sebagainya memang akan menjerat dan membuat kita tak mampu nak beli rumah atau memiliki rumah kita sendiri.

Beli rumah tanpa modal

Beli rumah tanpa modal PHTM

Ada juga ‘orang’ kita takut nak ambil risiko dan disebabkan itu sampai sekarang hanya menyewa dan terus menyewa. Tapi bagus jugakan, kalau tak takde pulak orang nak sewa rumah yang pelabur-pelabur hartanah yang bijak itu belikan.

Takdalah, SK cuma nak buka saja minda ‘korang’ yang kadang-kadang rasa beli rumah tak penting. Ada sesetengah orang dia kata ‘beli kereta lagi penting’ sebab bole ‘show off’ sikit. kan? kan? Itu terpulang kepada individu-individu sendiri.

Tapi bagi korang yang mahukan kebebasan dalam masa dan nilai wang ringgit korang, pelaburan hartanah mungkin menjadi salah satu pelaburan yang mampu buat korang selesa dengan persaraan awal. Bak kata Azizi Ali, Pesara Jutawan. InshaAllah.

Hari ini SK dapat berkongsi dengan seorang rakan di AutoBavaria bagaimana dengan beli rumah tanpa modal boleh menjadikan kita seorang yang pandai dan bijak dalam kewangan. Kita juga dapat buat amal jariah dan masa kita kat dunia inilah kita nak sedekah amal jariah untuk di bawa ke akhirat kelak. Jadi SK harap kalau korang rasa macam takut-takut itu, korang simpanlah takut korang kat dalam bilik korang. Biar kita berani ambil risiko barulah kita dapat mengunakan masa dan kehidupan kita dengan lebih bernilai. InshaAllah.

Selamat bersahur esok pagi :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>