Motivasi: Teknik langsai CEPAT hutang rumah anda!

Comment

Pelaburan Reviu Tajaan

Salam rakan-rakan SK.com,

Macam mana korang nak langsaikan hutang rumah dengan CEPAT. Sebenarnya kalau kita tak berhutang maka tak berharta lah kita kan. Itu pepatah orang dulu-dulu. Cumanya apabila kita nak berhutang, kita kena tengoklah kemampuan kitakan. Biarlah orang lain beli rumah yang besar, kerana mereka mampu, kalau kita mampu kita pun bolehkan.

Okay, sebenarnya teknik ini SK belajar daripada Azizi Ali. Dalam buku Azizi Ali, dia menyarankan supaya kita membayar hutang rumah kita dengan KADAR SEGERA. Kenapa?

rumah cantik tanpa hutang saufi karim

Gambar Hiasan: Cantikkan? Cuba Bayangkan tanpa hutang.

Kenapa kena bayar rumah dengan kadar segera? Baiklah SK huraikan satu persatu:-

1. Pesara Jutawan

Apabila kita dapat selesaikan hutang rumah kita dengan CEPAT, maka nanti apabila kita sudah bersara kita sudah tidak berhutang lagi. Kajian statistik menunjukkan kebanyakan pesara jatuh miskin apabila mereka mula bersara. Ini kerana dek hutang yang bertimbun yang masih belum dibayar. Jadi bila kita habis bayar, senanglah nantikan.

2. Mampu membuat pelaburan lain pula

Apabila komitmen bulanan kita berkurangan, jadi bolehlah tumpukan kepada yang lain. Contohnya, apabila sudah berkeluarga, banyak wang perlu digunakan untuk anak-anak mula bersekolah, pakaian meraka, makanan kesihatan mereka dan pelbagai lagi. Kita sebagai ibubapa (SK belum lagi, inshaAllah moga dipermudahkan), mestilah kita hendak memberikan yang terbaik. Jadi pelaburan pendidikan anak juga penting dan mesti di usahakan bagi keperluan mereka di kemudian hari.

Macam mana nak langsaikan hutang dengan KADAR SEGERA?

Baiklah korang boleh buat kiraan korang sendiri bagaimana korang boleh habiskan bayaran bulanan ataupun hutang rumah korang tersebut. Jika korang meminjam selama 30 tahun, mungkin korang boleh anggarkan untuk membayarnya dalam masa 15 tahun.

Contohnya jika setiap bulan korang perlu bayar rumah korang RM1000.00, untuk membolehkan korang habis bayar dalam masa 15 ialah 2 kali ganda bayaran tempoh 30 tahun korang. Mungkin nilainya akan susut sedikit disebabkan principal interest yang korang dah habis bayar awal. Oleh itu korang mungkin perlu bayar RM2000.00 sebulan untuk mempercepatkan pembayaran rumah korang.

Setiap Bulan perlu bayar : RM 1000.00  (30 Tahun)

Langsai cepat : RM 2000.00 (15 Tahun)

Langsai Lagi cepat : RM 3000.00 (7.5 Tahun saja!)

Lepas korang dah settlekan bayaran rumah korang, apalagi tumpukanlah sepenuhnya kepada pelaburan pendidikan anak korang atau korang nak buat bisnes yang bagus ke? Kenapa SK sarankan habiskan bayar hutang rumah korang dengan segera, sebab korang mesti ada sesuatu matlamat yang koran nak capai dalam hidup ini kan?

Matlamat hidup

Mungkin korang nak pergi menunaikan haji awal, tapi sebab hutang yang terlalu lama maka korang terpaksa tangguhkan matlamat tersebut. Ataupun korang nak buat bisnes yang memang korang minati, jadi jika tiada komitmen hutang yang tinggi, kurang boleh membuat perancangan dan fokus kepada sesuatu cita-cita dan matlamat.

Pergi haji saufikarim

Tabung haji, sinonim dengan rakyat Malaysia nak tunaikan haji!

Bayar hutang sampai mati mungkin bukanlah matalmat hidup korang tapi keadaan harga rumah yang mahal membuatkan ramai orang terpaksa membuat pinjaman sehingga umur ke 70. Kalau tak buat begitu memang tak dapat nak bayar bulan-bulan. Tapi korang perlu ingat, setiap tahun jika korang dapat bonus ke atau kenaikan gaji, kalau boleh peruntukkan untuk membayar hutang korang dengan cepat. Lagi cepat lagi bagus!

TIP SK: SK pun sedang ikut teknik ini, supaya boleh jadi pesara jutawan macam Azizi Ali sarankan. SK pun nak sarankan juga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>