Soal & Jawab: Beli rumah pakai wang simpanan dalam KWSP?

Salam kawan-kawan pembaca SK sekalian,

Hari ini topik menarik dan bolehlah sama-sama kita bincangkan. Macam mana nak beli rumah pakai duit dalam KWSP anda? Menarik tak?

kepada rakan-rakan SK yang sudah lama bekerja, KWSP mungkin boleh menjadi sumber wang pendahuluan anda. Kalau rumah RM1 juta, tak ke banyak wang pendahuluan nak kena bayar. So Wang KWSP bolehlah di-keluarkan.

Bukannya SK nak galakkan keluarkan wang daripada KWSP, sebab objektif utama wang simpanan tersebut ialah untuk wang kegunaan anda setelah pencen/ tamat bekerja nanti.

KWSP, Wang Persaraan Anda!

” Soalan kepada SK : Bagaimana nak keluar duit daripada KWSP dan berapa banyak boleh keluar? “

Berikut adalah jawapannya.

Beli rumah dengan wang simpanan KWSP

  • Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).
  • Pembelian sebuah rumah dengan individu lain yang tiada pertalian keluarga dibenarkan dengan syarat individu tersebut merupakan pembeli dan peminjam.
  • Pengeluaran ini membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, individu lain atau lelongan awam.
  • Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Siapa yang layak memohon?

  • (i)  Warganegara Malaysia; ATAU 

    (ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran  Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU

    (iii)  Bukan warganegara Malaysia yang:

    • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.
Berapa banyak yang boleh anda keluarkan?
Ada 4 kategori:
Kategori 1: Pembeli rumah milik individu
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Contohnya: Rumah harga RM200,000. Pinjaman anda RM160,000. Jadi anda boleh keluarkan sebanyak RM40,000 + 10% lagi iaitu ( RM20,000), jumlah pengeluaran ialah RM 60,000.
Kategori 2: Pinjaman perumahan 100%
10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Kategori 3: Pembelian bersama suami/isteri atau dengan ahli keluarga terdekat
Sama dengan kategori 1 dan sila rujuk kategori 1 lah!
Kategori 4: Pembelian rumah secara TUNAI ( Beli cash ni, belian yang paling bagus)
Sama dengan kategori 1 dan sila rujuk kategori 1 lah!
Dokumen yang anda perlukan untuk dapat beli rumah dengan KWSP
Senarai Dokumen Yang Diperlukan

DOKUMEN UTAMA

1.1  Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)

1.2  Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)/ Kad Pengenalan Tentera/ Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR)

ATAU

Kad Pengenalan Polis dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama

ATAU
Pasport yang masih sahlaku. Sekiranya bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

1.3  Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian) ATAU Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian) ATAU Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00.

  •  Akaun bank mestilah yang masih aktif; DAN
  •  Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik.
    (Sekiranya memilih bayaran secara Pengkreditan Terus)

1.4  Surat Perjanjian Jual Beli (belian daripada pemaju);

ATAU Surat  Perjanjian Jualan

ATAU Surat Perakuan Jualan Oleh Pentadbir/ Mahkamah (belian lelongan awam) yang mengandungi nama ahli atau semua nama ahli bagi pembelian bersama.

  • Tarikh perjanjian/ pengisytiharan tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan diterima.

1.5  Sekiranya mengambil pinjaman perumahan dokumen berikut perlu dikemukakan;

  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan hendaklah dikemukakan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada satu tahun); ATAU
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ Surat Ikatan Serahhak (’Deed of Assigment’) (sekiranya pinjaman melebihi setahun).

1.6  Bukti pertalian iaitu Sijil Perkahwinan/Sijil Lahir jika pembelian dibuat bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak)

 

Mengikut pengalaman ayah SK, senang saja jika dah buat ‘booking’ rumah , dah bayar 10% wang pendahuluan, dah dapat surat kelulusan pinjaman daripada Bank, Anda digalakkan pergi ke pejabat KWSP (omputih panggil EPF). Mereka akan ambil butir-butir yang SK sebut tadi. 
Selamat mencuba kepada yang ingin menggunakan wang simpanan tersebut. Kepada yang baru kerja jangan keluar banyak-banyak simpan lagi wang tersebut dan mungkin anda boleh beli rumah yang lebih besar dan lebih strategik pada masa akan datang.
Salam kasih daripada,
SK
1. Sumber daripada: Laman web KWSP, http://www.kwsp.gov.my/

Leave a reply