Prinsip Utama: Untuk TAMBAH pendapatan dan MELABUR banyak, kita mesti BELAJAR banyak!

Salam rakan-rakan SK dan pembaca-pembaca yang dikasihi SK sekalian,

Apabila kita bercakap tentang sesuatu pelaburan kita mesti akan terfikir-fikir pelaburan apa yang menguntungkan dan bagaimana mahu buat pelaburan tersebut. Semua orang pun nak untung, SK pun nak untung juga kalau buat bisnes atau buat sesuatu pelaburan.

Kena belajar bagaimana mereka lakukan. Terutama Syed Mokhtar Bukhary

Adakah kita tahu dan faham tentang sesuatu pelaburan tu? Sebelum kita buat sesuatu eloklah kita belajar dan faham perkara tersebutkan. Kalau tak barai. SK pernah main stock dan tanpa ilmu memanglah ‘barai’ bai.

Ok, apa-apapun untuk kita buat sesuatu pelaburan itu mesti kena belajar dan bukannya lama untuk belajar. Kita kene keluarkan wang ringgit sikit untuk menambahkan ilmu pengetahuan supaya boleh tambah pendapatan dan bolehlah melabur banyak.

Di bawah ini SK nak kongsi bersama dengan carta jenis-jenis pelaburan dan potensi keuntungan serta risiko.

Pelaburan (hartanah) yang bulat warna hijau antara pelaburan yang tertinggi dan risiko dalam sederhana juga (5)-(6) daripada (10). Jadi sebab itu SK kata kita mesti melabur dalam hartanah. :)

Saufikarim.com : Carta Jenis Pelaburan serta potensi risiko dan peratus keuntungan

Baru sahaja tadi, SK dengar ceramah hal ehwal perdana kat TV1. Islam menggalakkan kita sentiasa memperbaiki diri kita dan mesti berdoa supaya kita ada harta. Ini kerana dengan harta kita boleh bayar zakat, sedekah dan juga pergi menunaikan haji di Mekah Mukarramah.

Pendek kata, sama-sama kita belajar dan kemudian apabila kita faham tentang sesuatu pelaburan kita boleh mulakan dan menambah pendapatan serta dapatlah keuntungan dengan banyak!. InsyaAllah.

Selamat malam kawan-kawan.

SK.

Leave a reply