Beli rumah dengan pinjaman secara islamik. Betul ke syariah yang bank-bank Malaysia guna?

Salam rakan-rakan pembaca diluar sana.

Kali ini tajuk berat sikit untuk sama-sama kita fikirkan.Baiklah,sebenarnya apabila kita buat sesuatu itu biarlah mendapat keberkatan daripada Allah. InshaAllah. Termasuklah daripada segi pinjaman terutamanya pinjaman kereta, rumah dan sebagainya.

Minggu lepas, SK berkunjung ke Putrajaya Homes ‘Exhibition’ untuk staf-staf. Di situ ada beberapa wakil-wakil bank dan SK tertarik dengan Perbankan Al-Rajhi. Jadi SK ambil masa satu jam bersama ┬ábeliau membincangkan perkara syariah dalam pinjaman rumah ini.

Perbankan Islam Memudahkan Pengguna

SK: Assalamualaikum tuan, Saya nak tanya sikit tentang pinjaman perumahan.

Tuan A: Waalaikumussalam bro (Dia panggil aku bro je), ok bro tau tak tentang pinjaman secara islamik ini? Sebenarnya banyak orang tak tahu pasal pinjaman mengikut syariah ini.

SK: Oh yeke, saya pun tak berapa nak pasti. Saya pernah buat pinjaman secara islamic dan yang saya tahu nilai pinjaman telah ditetapkan awal dan menggunakan BFR (Base Financing Rate) serta ada akad. “Penjelasan tentang perbankan islam secara menyeluruh ada di website zaharuddin.net (bolehla lawat)”

Tuan A: Baiklah En.Saufi, Sebenarnya kalau ikut syariah sepatutnya tiada kos pinjaman (yuran pinjaman), tiada caj yang terselindung, tiada caj penalti jika lewat bayar, tiada caj penalti untuk ‘early settlement’. Cuba En. Saufi tengok brocur ini.

SK: Itu saya baru tahu tu. Maknanya pinjaman secara islam ini, memang mudahlah tiada caj-caj lain yang dikenakan melainkan nanti bayar ansuran bulanan.

Tuan A: Betul tu En. Saufi, sebab itu banyak orang tak tahu tentang syariah yang Bank Al-Rajhi gunakan. Kami guna syariah yang diguna pakai oleh negara Arab Saudi (Kingdom of Saudi Arabia).

Rindunya pada Kekasih Allah, Rasulullah. Tenang sangat disini.

Kesimpulan yang SK dapat daripada Tuan A, kadang-kadang kita kena tanya dan baru kita dapat tahu tentang sesuatu perkara itu. Belilah rumah kita dengan perbankan islam. Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan olehNya dalam apa semua urusan dan diberkati Allah. InshaAllah.

Jumpa lagi pada entri akan datang.

SK

Rujukan :

1. Bank Negara Malaysia (Shariah Guideline)

2. Perbankan Islam dan BFR

 

 

Leave a reply