Saufikarim.com » April 2012

Monthly Archives: April 2012

Pelaburan Promosi

Mahasiswa di kolej dan universiti akan di tawarkan seminar sehari bersama SK, daripada duit PTPTN habis, lebih baik pinjaman jadi keuntungan?

Salam rakan-rakan pembaca sekalian,

Seminar sehari bersama SK bicara tentang pelaburan hartanah akan di cadangkan bersama dengan persatuan-persatuan mahasiswa.

Kenapa SK sasarkan pelajar-pelajar?

Pelajar-pelajar perlu di-dedahkan dengan sebuah pelaburan yang dapat menjamin masa depan mereka dan bakal keluarga mereka akan datang. SK pernah menjadi pelajar dan tidak pernah terfikir tentang perkara tersebut.

“Kita selalu di pesan oleh ibubaba dan sesiapa sahaja supaya menyimpan wang, tetapi kita tidak didedahkan bagaimana dan apa matlamat apabila kita telah menyimpan wang tersebut”

“Bank rakyat suatu ketika dahulu datang ke sekolah untuk menggalakkan pelajar supaya menyimpan, SK ingat lagi SK masuk duit hari-hari dalam tabung, tetapi simpan saja tak tahu untuk apa kita simpan?”

Tabung Nuri! Tabung yang SK selalu menabung.

“Selalunya, pelajar-pelajar Malaysia mahupun di luar negara akan didedahkan tentang cara memulakan perniagaan, seperti MLM, Prepaid Bisnes tetapi tiada seorang pun pakar hartanah yang cuba menjelaskan pentingnya menyimpan untuk pelaburan hartanah”

Pelajar-pelajar sekarang ini mendapat pinjaman, elaun, biasiswa dan pelbagai lagi medium kewangan yang mampu digunakan mereka untuk keselesaan mereka semasa pengajian. Namun sebagai contoh PTPTN atau lain-lain pinjaman, sebenarnya mereka meminjam dan perlu membayar balik wang tersebut.

PTPTN - Pinjaman, Jika bijak tukar pinjaman jadi keuntungan?

Tetapi, kadang-kadang mereka belanjakan wang pinjaman mahupun wang biasiswa secara boros dan kurang bijak. Mahasiswa kita perlu di dedahkan tentang hal-hal pengurusan kewangan dan juga pelaburan hartanah, ini untuk memudahkan mereka mendapat keuntungan pada masa akan datang.

SK juga merupakan pelajar pada 3 tahun lepas dan SK rasa terkilan dengan sikap SK yang suka berbelanja dan boros. Padahal SK bekerja ketika belajar dan jika SK dapat menyimpan pada waktu itu, ketika baru mula bekerja, SK sekurang-kurangnya sudah mempunyai 2 buah rumah untuk dijadikan pelaburan.

Kenapa penting pelaburan hartanah ini? Seperti yang kita ketahui, pelaburan hartanah ini untung sebab harga akan sentiasa naik dengan kata lain ‘appreciate’. Ya ‘appreciate’! Tidak rugi kita melabur dalam hartanah ini. Lagi cepat seseorang itu belajar dan memahami apa jua bidang lagi ke hadapanlah dia dalam sesuatu bidang.

Oleh itu, SK sarankan pelajar-pelajar menghadari seminar yang SK akan adakan di seluruh negara InshaAllah dan juga rangkaian di Australia, New Zealand dan juga United Kingdom-Ireland.

UKEC - Salah satu wadah untuk bicara hartanah

Selamat maju jaya semua.

SK

Published by:
Soal & Jawab

Sesi Soal Jawab bersama SK: Bolehkah saya ambil pinjaman maksimum RM300,000

Salam rakan-rakan pembaca sekalian. Hari ini SK nak kongsikan bersama soal jawab SK bersama Cik Benazir.

Rumah Apartment, rumah mampu milik?

Soalan daripada Cik Benazir Begum,

” Saya ingin tahu kalau gaji sebanyak RM 1200.00 berapa loan maximum yang saya boleh ambil. contoh gaji RM 1200.00 boleh saya ambil loan RM 300,000…?”

Terima kasih kepada Cik Benazir yang bertanya soalan. SK seronok bila ada orang bertanya soalan dan SK harap dengan ilmu yang sedikit ini, SK dapat menjawab dan Cik berpuas hati. *Ingin SK menegaskan SK tidak akan menanggung apa-apa kerana analisis SK hanya berdasarkan anggapan mengikut pemerhatian SK dalam jual beli hartanah.

Baiklah berikut adalah jawapan SK dalam soalan yang ditanyakan di atas.

Salam Cik,

Mengikut syarat Bank Negara sekarang, 70% peratus daripada wang pendapatan Cik boleh digunakan untuk membuat maksimum loan.

Jika SK kira, Cik boleh membuat bayaran bulanan sebanyak RM 840. Contoh pengiraan seperti dibawah:-

1. Gaji                                                                                                       – RM 1200

2. 70% daripada gaji yang boleh guna untuk bayar bulanan  – RM    840

3. Baki Gaji tuan                                                                                   – RM    360

Selalunya pihak bank akan menanyakan soalan-soalan lazim kepada Cik macam ini:-

  1. Cik sudah berkeluarga?
  2. Cik ada beli kereta?
  3. Cik ada pakai kad kredit tak?
  4. Cik nak beli rumah pertama ke kedua?
  5. Cik dah lama bekerja? Bape tahun dah kerja?

Soalan-soalan ini memang penting untuk pihak bank mengkaji komitmen Cik. Dan SK sarankan Cik berikan sokongan sepenuhnya kepada pihak bank kerana pihak banklah yang akan meluluskan pinjaman Cik.

Kalau komitmen Cik rendah jadi senanglah untuk pihak bank meluluskan pinjaman Cik dan selepas dah lulus tersenyum lebarlah Cik sambil mengucapkan syukur pada tuan.

SK buat 2 case study (dengan interest domectic bank 6.6% dan dengan international bank 6.9%) dan 40 tahun pinjaman dan 30 tahun pinjaman dan SK bundarkan untuk memudahkan pengiraan.

Cik boleh pegi ke website home loan calculator dan untuk rumah yang boleh bayar RM840 setiap bulan, Untuk menjawab soalan Cik SK gunakan OCBC Home Loan Calculator di sini : http://www.ocbc.com.my/personal-banking/Tools_Info/test2_loan_calc.shtm

 

Case Study 1: (Interest 6.6% – Bank Tempatan)

40 Tahun pinjam: Pinjaman maksimum Cik ialah  RM 141,000 sahaja

30 Tahun pinjam: Pinjaman maksimum Cik ialah  RM 131,000 sahaja

25 Tahun pinjam: Pinjaman maksimum Cik ialah RM 123,000 sahaja

(ada beza RM 10,000 untuk 10 tahun)

 

Case Study 2: Interest 6.9% – Bank Antarabangsa seperti HSBC, OCBC, Al-Rajhi dll

40 Tahun pinjam : Pinjaman maksimum Cik ialah RM 136,000 sahaja

30 Tahun pinjam : Pinjaman maksimum Cik ialah RM 127,000 sahaja

25 Tahun pinjam: Pinjaman maksimum Cik ialah RM 120,000 sahaja

 

Jika Cik nak ambil pinjaman loan sebanyak RM 300,000 agak kurang realistik dengan bayaran balik sebanyak RM840 sebulan. Cik mesti ada RM1500 ke atas untuk membolehkan Cik membuat pembayaran untuk RM 300 ribu pinjaman. Namun demikian tidak mustahil untuk Cik meminjam RM 300 ribu, tetapi Cik mesti membuktikan pada pihak bank yang Cik ada pendapatan lain yang boleh menaikkan wang bayaran bulanan daripada RM 840 kepada RM 1500. 

Namun demikian tidak mustahil untuk Cik meminjam RM 300 ribu, tetapi Cik mesti membuktikan pada pihak bank yang Cik ada pendapatan lain yang boleh menaikkan wang bayaran bulanan daripada RM 840 kepada RM 1500. 

Kita dah tengok berapa pinjaman maksimum Cik dan SK ingin mengingatkan Cik, harga rumah yang nak beli mungkin lebih tinggi daripada pinjaman. Ini kerana Bank hanya boleh memberi Cik sebanyak 90% pinjaman sahaja. Selebih itu, Cik perlu mengeluarkan wang simpanan Cik sendiri.

SK nak tunjuk contoh jika Cik beli rumah berharga RM 150,000

Harga Rumah RM 150,000

10% wang muka, RM 15,000

Pinjaman RM 135,000

Jadi Cik boleh memaksimumkan pinjaman Cik jika Cik memilih case study 1 40 tahun meminjam. Cik sebenarnya boleh cari rumah berharga RM 156,000 kerana Cik ada baki RM6000 untuk mecukupkan kepada RM 141,000 pinjaman maksimum.

SK berpengalaman dalam jual beli rumah tanpa modal. Maksud tanpa modal dalam konteks beli rumah ini, ialah Cik tak perlu nak keluarkan sebarang kos, iaitu kos wang pendahuluan 10%, kos perjanjian jual beli (S&P) dan juga kos guaman pinjaman bank. Jadi, SK harap Cik ikuti EBOOK akan datang SK untuk membincangkan tentang beli rumah tanpa modal ini.

Harap Cik berpuas hati dengan penjelasan SK.

Salam kasih dan selamat maju jaya.

SK

 

Published by:
Pembeli Baru Reviu

Reviu SK: Legundi Residensi Siri 2 Bandar Seri Putra daripada UM Land

Salam rakan-rakan SK,

Pemaju UM Land akan melancarkan projek terbaru mereka Fasa 2 Legundi Residensi 2nd Series. Projek yang terletak di bandar terancang ‘Bandar Seri Putra’. Mereka mengekalkan konsep temporari mereka seperti projek mereka yang lepas. 

Projek yang ditawarkan kepada pelanggan ialah Rumah Cluster, Rumah berkembar dan Banglo sebuah. Pembaca semua bolehlah mencari rumah idaman yang sempurna anda impikan selama ini. Bandar Seri Putra telah dimajukan dan ameniti juga telah disediakan disini. Kawasan ini juga merupakan kawasan yang kurang sesak (low density) dan sangat peribadi bagi mereka yang suka tinggal jauh dari kesibukan kota.

Satu lagi kekuatan Legundi Residensi ini ialah mudah untuk keluar-masuk melalui Susur Putra Mahkota tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kuala Lumpur Seremban. Populasi di bandar tersebut sekarang telah mencapai sebanyak 35,000 dalam projek UM Land yang sebesar 898 ekar.

Legundi Residensi 2nd Series - Terbaik!

Peta ke Bandar Seri Putra (Putra-Mahkota)

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ykFjwfLtYck[/youtube]

Berikut adalah butir-butir terperinci mengenai projek:-

Nama: Legundi Residensi 2nd series

Lokasi: Bandar Putra Heights, Bangi, Kajang, Selangor

Tenure: Freehold

Total units:

Bungalow-3units-RM1,662,000-RM1,706,400

Semi-D-16 units-RM932,400-RM1,358,400

Cluster-52 units-RM743,400-RM1,224,000

Projek dijangka siap: Nov 2013

Pemaju: Bangi Heights Development Sdn Bhd (a subsidiary of United Malayan Land Bhd)

 

Sales Office

34, Jalan Seri Putra ½, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-8927 1611

Kalau tengok harga SK rasa masih mampu dimilik pada yang berpendapatan tinggi dan mencari rumah banglo, cluster dan semi-D

Kemudahan lebuhraya yang sangat efisyen untuk anda yang bekerja di Kuala Lumpur atau Seremban atau bandar-bandar yang berdekatan.

Pemaju UM land merupakan pemaju yang kuat dengan Revenue setiap tahun sekitar RM 300 million. Baru-baru ini UM Land telah dianugerahkan kontrak projek RM1.4b di Iskandar Malaysia (Johor Baharu) berdekatan linkedua antara Johor dan Singapura untuk 6 tahun projek parcel.

SK rasa tiada masalah untuk projek ini disiapkan sehingga hujung tahun 2013. Harga masih mampu milik untuk rumah taraf tinggi ini.

 

Published by:
Semasa

Bersih 3.0 ke Bersin 1.0? Kalau kotor dekat rumah kita, kita mesti bersihkan.

Salam rakan-rakan pembaca SK,

Sebenarnya tajuk ini mungkin agak sensitif, tapi takpelah sebab tengah hangat diperkatakan orang. :) Ok, kalau rumah kita kotor dan suami atau isteri, atau anak-anak mesti selalu bersin, bersin kan. Jadi kita mesti selalu bersihkan rumah kita atau sekurang-kurang seminggu sekali atau paling malas pun sebulan sekali.

Rata-rata peralatan yang paling penting ada di dalam rumah ialah:-

1. Vacuum

Vacuum Moden ni!

Vacuum ni memudahkan kita nak membersihkan bilik kita yang besar itu, (bilik kecil come loteh pun boleh juga). Vacuum juga bukan hanya untuk kita bersih bilik saja, boleh juga bersihkan laman ruang tamu kita, ruang keluarga kita pendek kata semua tempat vacuum boleh kerjakanlah!

Namun, kita kena ingat apabila nak beli vacuum mesti beli vacuum yang bagus. Contohnya ‘Vacuum Electolux’. Memang agak mahal tetapi boleh pakai lama. lama sangat. sampai tak ingat bila beli. Apabila mahal kualitinya pon bagus juga, selain ‘Electrolux’ mungkin ada produk yang lebih baik.

Mengikut pengalaman SK, ibubapa SK dan kaum kerabat semuanya pakai Electrolux. Memang sangat tahan lama. Jadi pastikan rumah anda ada vacuum bolehlah cuci-cuci the musical dekat rumah.

2. Penyapu

Penyapu atau Pegi sapu? hehe

Penyapu mesti ada juga dekat rumah. Bak kata orang nak sapu sikit-sikit saja. Selalunya nak sapu dekat bahagian ‘porch kereta’ dekat depan rumah. Mana-mana yang ada jubin cantik di dalam rumah, bolehlah disapu dengan mudah. Biasanya isteri atau ibu yang rajin nak sapu ini. Lelaki atau suami memang payah sikit. Sebab itu di sarankan beli vaccum, senang sikit nak ‘tai chi’ bab-bab bersih kan bilik atau ruang tamu dekat suami atau anak lelaki kita kan.

3. Mop lantai

Eh! Spongebob pon nak mop juga

Mop lantai ini membantu mencantikkan lagi jubin-jubin rumah kita. Yelah, lepas dah sapu tu, mop pulak kan. Mop ini memang kerja berat sikitlah. Tetapi kalau nak jubin sentiasa berkilat kene moplah. Barulah rumah kita cantik dan berseri. lebih-lebih lagi hujung minggu yang tak ada nak buat apa-apa tu kan.

” Kalau nak jubin berkilat, kene MOP lah!”

Hai SK pulak dah macam Eric Leong saja hari ini. Yalah sekarang ni SK sedang mecari kawan-kawan yang terlibat dalam bidang hiasan dalaman dan dekorasi cantik dalam rumah. Sesiapa ada servis tersebut, Meh habaq mai kat SK noo, Bolehlah pembaca SK dapat 50% diskaun ke kan..?

Okaylah SK nak pegi Kuantan.

Salam Pagi daripada,

SK

Published by:
Pelaburan

Prinsip Utama: Untuk TAMBAH pendapatan dan MELABUR banyak, kita mesti BELAJAR banyak!

Salam rakan-rakan SK dan pembaca-pembaca yang dikasihi SK sekalian,

Apabila kita bercakap tentang sesuatu pelaburan kita mesti akan terfikir-fikir pelaburan apa yang menguntungkan dan bagaimana mahu buat pelaburan tersebut. Semua orang pun nak untung, SK pun nak untung juga kalau buat bisnes atau buat sesuatu pelaburan.

Kena belajar bagaimana mereka lakukan. Terutama Syed Mokhtar Bukhary

Adakah kita tahu dan faham tentang sesuatu pelaburan tu? Sebelum kita buat sesuatu eloklah kita belajar dan faham perkara tersebutkan. Kalau tak barai. SK pernah main stock dan tanpa ilmu memanglah ‘barai’ bai.

Ok, apa-apapun untuk kita buat sesuatu pelaburan itu mesti kena belajar dan bukannya lama untuk belajar. Kita kene keluarkan wang ringgit sikit untuk menambahkan ilmu pengetahuan supaya boleh tambah pendapatan dan bolehlah melabur banyak.

Di bawah ini SK nak kongsi bersama dengan carta jenis-jenis pelaburan dan potensi keuntungan serta risiko.

Pelaburan (hartanah) yang bulat warna hijau antara pelaburan yang tertinggi dan risiko dalam sederhana juga (5)-(6) daripada (10). Jadi sebab itu SK kata kita mesti melabur dalam hartanah. :)

Saufikarim.com : Carta Jenis Pelaburan serta potensi risiko dan peratus keuntungan

Baru sahaja tadi, SK dengar ceramah hal ehwal perdana kat TV1. Islam menggalakkan kita sentiasa memperbaiki diri kita dan mesti berdoa supaya kita ada harta. Ini kerana dengan harta kita boleh bayar zakat, sedekah dan juga pergi menunaikan haji di Mekah Mukarramah.

Pendek kata, sama-sama kita belajar dan kemudian apabila kita faham tentang sesuatu pelaburan kita boleh mulakan dan menambah pendapatan serta dapatlah keuntungan dengan banyak!. InsyaAllah.

Selamat malam kawan-kawan.

SK.

Published by:
Pelaburan

Menarik: Apa ‘net worth’ RM 8 million?

Salam pada rakan-rakan pembaca sekalian,

Hari ini seperti biasa, SK lalui hari-hari kerja rutin yang biasa. Tetapi setiap hari SK akan sentiasa menunggu suatu perkara yang luar biasa dan boleh menakjubkan SK, jadi taklah ‘boring’ sangat.

TTDI Grove Kajang, cantik dan menarik. Harga sekitar RM450K

Hari ini SK sangat bertuah kerana dapat berjumpa dengan rakan SK. Rakan di universiti dahulu dan kami berbincang tentang hal-hal kerja dan pelaburan hartanah. SK dapat berkongsi bersama beliau tentang bagaimana kita bole mula dengan pelaburan hartanah tanpa modal ini.

Mula-mula SK tengok wajah bersemangat pada beliau menyebabkan SK jadi bertambah semangatlah untuk cerita. Ketika bercerita, beliau juga mempunyai kisah yang cukup menarik dalam pelaburan hartanah ini. Ibu beliau seorang ibu, steri dan juga wanita yang pandai dalam menguruskan kewangan( Tabik Spring). Suatu hari nanti SK akan ambil peluang untuk berborak-borak dengan ibu beliau.

Nak pendekkan cerita, ibu beliau bukannya daripada muda memulakan pelaburan hartanah ini. Tetapi nilai bersih ataupun dalam bahasa omputih ‘Net Worth’ pelaburan hartanah beliau telah mencecah RM 8 million. SK bukan nak tunjuk bangga pada nilai itu, tetapi kesungguhan dan kecekalan seorang wanita yang rajin dan bersemangat dalam menceburi bidang ini.

” Simply she can earn RM 8000 per month with all the aset, is it worth or not worth ? “

Jadi wanita-wanita diluar sana, anda boleh jadi luar biasa seperti ibu kepada kawan SK yang membantu ‘suami’ beliau dalam bidang pelaburan hartanah ini. Tahniah di ucapkan padanya dan suatu hari SK nak buat seminar untuk beliau share dengan rakan-rakan SK yang berminat, bagaimana beliau boleh buat pelaburan sehingga mencecah RM 8 juta.

” ….suatu hari SK nak buat seminar untuk beliau berkongsi maklumat dengan rakan-rakan SK yang berminat, bagaimana beliau boleh buat pelaburan sehingga mencecah RM 8 juta….”

Oh ya, sebenarnya bukan seorang kawan sahaja SK bertemu dan berkongsi, seorang lagi rakan setugas di pejabat merupakan seorang anak muda yang cukup bersemangat dan mempunyai minda jutawan. Terima kasih pada rakan SK yang berkongsi bersama bukan hanya pada pelaburan hartanah tetapi juga perkara-perkara yang boleh membantu SK dan mereka dalam memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik setiap hari.

Rakan SK seorang financial planner dan boleh memberi khidmat nasihat tentang bagaimana kita boleh buat pelaburan yang keuntungan sekitar 5%-6%. Pada entri akan datang, SK akan buat perbandingan berapa peratusan keuntungan hartanah dan juga pelaburan-pelaburan yang lain.

Published by:
Pembeli Baru Semasa

Beli rumah dengan pinjaman secara islamik. Betul ke syariah yang bank-bank Malaysia guna?

Salam rakan-rakan pembaca diluar sana.

Kali ini tajuk berat sikit untuk sama-sama kita fikirkan.Baiklah,sebenarnya apabila kita buat sesuatu itu biarlah mendapat keberkatan daripada Allah. InshaAllah. Termasuklah daripada segi pinjaman terutamanya pinjaman kereta, rumah dan sebagainya.

Minggu lepas, SK berkunjung ke Putrajaya Homes ‘Exhibition’ untuk staf-staf. Di situ ada beberapa wakil-wakil bank dan SK tertarik dengan Perbankan Al-Rajhi. Jadi SK ambil masa satu jam bersama  beliau membincangkan perkara syariah dalam pinjaman rumah ini.

Perbankan Islam Memudahkan Pengguna

SK: Assalamualaikum tuan, Saya nak tanya sikit tentang pinjaman perumahan.

Tuan A: Waalaikumussalam bro (Dia panggil aku bro je), ok bro tau tak tentang pinjaman secara islamik ini? Sebenarnya banyak orang tak tahu pasal pinjaman mengikut syariah ini.

SK: Oh yeke, saya pun tak berapa nak pasti. Saya pernah buat pinjaman secara islamic dan yang saya tahu nilai pinjaman telah ditetapkan awal dan menggunakan BFR (Base Financing Rate) serta ada akad. “Penjelasan tentang perbankan islam secara menyeluruh ada di website zaharuddin.net (bolehla lawat)”

Tuan A: Baiklah En.Saufi, Sebenarnya kalau ikut syariah sepatutnya tiada kos pinjaman (yuran pinjaman), tiada caj yang terselindung, tiada caj penalti jika lewat bayar, tiada caj penalti untuk ‘early settlement’. Cuba En. Saufi tengok brocur ini.

SK: Itu saya baru tahu tu. Maknanya pinjaman secara islam ini, memang mudahlah tiada caj-caj lain yang dikenakan melainkan nanti bayar ansuran bulanan.

Tuan A: Betul tu En. Saufi, sebab itu banyak orang tak tahu tentang syariah yang Bank Al-Rajhi gunakan. Kami guna syariah yang diguna pakai oleh negara Arab Saudi (Kingdom of Saudi Arabia).

Rindunya pada Kekasih Allah, Rasulullah. Tenang sangat disini.

Kesimpulan yang SK dapat daripada Tuan A, kadang-kadang kita kena tanya dan baru kita dapat tahu tentang sesuatu perkara itu. Belilah rumah kita dengan perbankan islam. Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan olehNya dalam apa semua urusan dan diberkati Allah. InshaAllah.

Jumpa lagi pada entri akan datang.

SK

Rujukan :

1. Bank Negara Malaysia (Shariah Guideline)

2. Perbankan Islam dan BFR

 

 

Published by:
Semasa SK TV

SK TV: Salam Pengenalan

Khas dan ‘special’ untuk rakan-rakan semua! Jangan gelak kat SK sebab botak :)

SK harap ada ramai lagi rakan-rakan yang dapat SK kongsi tips-tips dan potensi pelaburan hartanah ini. InsyaAllah.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=6lstJWpHxgA[/youtube]

Published by:
Pelaburan Pembeli Baru

Boleh ke beli harga rumah di bawah pasaran?

Salam rakan-rakan pembaca SK sekalian.

Soalan ini pernah rakan SK tanyakan kepada SK, Dan SK rasa perlu dikongsikan bersama dengan anda semua.

Pernah SK cerita bagaimana kawan harga rumah bernilai RM390 ribu boleh menjadi hanya RM300 ribu sahaja.

Apabila anda mahu membeli rumah ‘second hand’ atau orang putih panggil ‘sub-sale’, kita perlu meneliti rumah tersebut sebaik-baiknya. Lihat kawasan luar rumah dan juga kawasan dalam rumah secara terperinci.

Penting! untuk anda membuat pemeriksaan dan bertulis. Iya, anda kene catat dan tulis apa sahaja kerosakan yang perlu anda ganti apabila memiliki rumah tersebut nanti. Lebih baik kira kos pembaikan dahulu dan buat tawaran harga. Contohnya anda kene lihat keadaan dapur, kabinet dapur, pintu-pintu bilik, pintu utama depan dan belakang, keadaan lampu, keadaan tangga dan sebagainya.

 

Pemeriksaan Rumah dengan terperinci

Rumah dah senget pun nak jual!

Kita mesti ‘check’ jangan buat sambil lewa. Ini kerana, apabila kita ingin membuat penawaran harga, kita dah ada catatan kerosakan dan harga kos untuk pemulihan rumah.

Dengan itu, anda dapat harga rumah di bawah pasaran serta kita boleh dapat merendahkan lagi nilai rumah akibat banyak kerosakan yang dibuat pemilik rumah.

Bijak tak? Bukan hanya membeli tetapi kita mesti bijak dan cekap daripada pemilik dan ejen hartanah. Nanti SK akan share templat pemeriksaan rumah kepada subscriber. :)

 

Published by:
Ebook Pelaburan Pembeli Baru Promosi Semasa

Dapatkan ebook PERCUMA khas untuk anda!

Salam kawan-kawan pembaca,

Seperti yang dijanjikan kepada subscriber anda akan mendapat ebook percuma daripada SK. SK mengucapkan terima kasih atas kerjasama anda membaca tips-tips dan luahan SK dalam pelaburan hartanah.

Kepada yang belum join subscriber SK, silalah berbuat demikian. Terima Kasih.

Teruskan sokongan supaya SK dapat berkongsi idea dan maklumat tentang pelaburan hartanah tanpa modal ini. InshaAllah.




Published by: